Thursday, 27 August 2015

Khasiat Limau Purut - Citrus hystrix

Khasiat Limau Purut - Citrus hystrix



khasiat limau purut 2

Info dan Khasiat Limau Purut

PENGENALAN Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut,


PENGENALAN
Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut, kerana ia mempunyai rasa yang masam dan sedikit pahit. . Ianya juga merupakan sejenis buah-buahan dari family Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan dikalangan masyarakat kita.
Limau purut sama seperti limau nipis tetapi kulit buah limau purut lebih menggerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran pokok limau purut ini pula agak perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya pula boleh mencapai sehingga 30 meter. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung daun, ianya berbentuk seperti nombor lapan.
khasiat limau purut

Khasiat

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.
• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.
• Sebagai wangian dalam aromatherapy. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.
• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
khasiat limau purut 2

Limau purut untuk kecantikan kulit
Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Malah limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan seranggaberbisa serta merangsang perjalanan darah.
Pada masa sama turut mempunyai beberapa khasiat lain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.
Sebiji buah limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur.
Buah limau itu dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Kaedah yang sama dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi.
Sentalkan buah limau purut yang sudah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik itu dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas.
khasiat limau purut 1
Kegunaan Daun Limau purut
Daun limau purut banyak kegunaannya, ianya digunakan didalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain ia berkesan sebagai penggelak antikanser atau pencegah kanser, limau purut ini juga boleh digunakan untuk memcuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapy nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
Limau purut mempunyai khasiat istimewa, ia dapat melembutkan, melebat, merapi dan juga mengharumkan rambut. Juga dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi. LImau purut juga dikatakan dapat memneri kesegaran dan keyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan migraine sambil merangsang perjalanan darah.

0 comments:

Post a Comment