Monday, 7 September 2015

Khasiat Buah Pisang

Khasiat Buah Pisang


Info dan Khasiat Buah Pisang

PENGENALAN Kajian menunjukkan buah pisang mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya juga telah menyebabkan pisang amat sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Khasiat Buah Pisang

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
PENGENALAN
Kajian menunjukkan buah pisang mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya juga telah menyebabkan pisang amat sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan kerana mengandungi tryptophan,sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin
Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.
khasiat buah pisang

Khasiat Buah Pisang

1-Sebagai Sumber Tenaga
    Pisang mengandungi 3 jenis gula iaitu fruktosa,glukosa dan fruktosa.Gula dan karbohidrat yang terdapat dalam pisang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan dalam darah sehingga orang yang memakan pisang cepat mendapat sumber tenaga,tetapi boleh bertahan lebih lama dari gula.Selain itu pisang juga mempunyai B complex untuk membina tenaga.
2-Menyokong prestasi otak
Hasil kajian yang di muat di uniqee.com menyimpulkan bahawa pisang membantu keinerja otak menjadi lebih baik. 200 orang pelajar di sebuah sekolah di Inggeris diminta untuk membiasakan diri sarapan, snek jam rehat dan makan tengah hari dengan pisang. Hasilnya pelajar-pelajar tersebut mampu menyelesaikan ujian akhir dengan baik.
 
3. Baik untuk kesihatan jantung
Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang  ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.

4-mengurangi Gejala Stress
Kandungan potasium bermanfaat menormalkan degupan jantung. Kombinasi pelbagai zat pemakanan yang terkandung dalam pisang mengatur keseimbangan kelembapan dalam tubuh dan memperbaiki penghantaran oksigen ke otak.
Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.

5-Mengurangkan risiko stroke.
Ini terbukti dengan menurunnya risiko stroke sehingga 40% pada orang yang secara rutin mengambil pisang. Potasium menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.
6-Meneutralkan asid perut pesakit gastrik
Pisang tidak menimbulkan iritasi mahupun kerosakan kerana gastrik. Asid gastrik juga boleh dineutralkan dengan pisang. Makan pisang ditambah segelas susu baik untuk seseorang yang mempunyai sakit perutatau penyakit usus akibat asid gastrik.
7-Memperbaiki mood
Triptofan atau vitamin B6 berperanan penting untuk menghasilkan hormon serotonin. Salah satu fungsi hormon ini mengatur emosi dan menenangkan fikiran. Bagi kamu yang sedang tertekan dan memerlukan mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang.
8- Disarankan untuk ibu hamil.
Wanita yang hamil memerlukan asid folik yang cukup untuk pertumbuhan janin dalam rahimnya. Pisang mengandungi asid folik sehingga disyorkan untuk ibu hamil. Pisang akan mencegah terjadinya cacat apabila  bayi tersebut lahir dan membantu pembentukan sel-sel baru yang sangat diperlukan oleh janin untuk pertumbuhan sel yang lebih cepat.
9- Mencegah sembelit
Serat makanan dalam pisang menjaga agar gerakan usus tetap baik. Kalau anda ingin jauh dari sembelit, makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung serat, pisang salah satunya. Jangan lupa untuk tetap minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari
10-Mencegah pereputan tulang
Penggunaan kalium yang cukup membantu mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.
khasiat buah pisang 3

0 comments:

Post a Comment