Friday, 4 September 2015

Khasiat Belimbing Tanah

Khasiat Belimbing Tanah

Info dan Khasiat Belimbing Tanah

Pengenalan Nama Botani : Tacca Cristata Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak Famili : Taccaceae Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga

Khasiat Belimbing Tanah

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Pengenalan

khasiat belimbing tanah 1
Nama Botani : Tacca Cristata
Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Famili : Taccaceae

Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.
POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kaewasan lapang.Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau.Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.

khasiat belimbing tanah 2

Khasiat

Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasirdarah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah Jantung serta dapat menghilangkan da­haga.Buah belim­bing tanah yang segar boleh di­makan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati le­bih berkesan.

Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

0 comments:

Post a Comment